GIVEAWAY

GIVEAWAY
anda sebagai pembaca dijemput memberi komen pada ENTRI pilihan anda. Rujuk syarat-syarat penyertaan dibawah. Komen terbaik akan memenangi hadiah bulanan. Hadiah bulan April adalah LAMPIN PAKAI BUANG PETPET (sebarang saiz)

NUFFNANG- JOM TGK IKLAN MENARIK

Sunday, February 6, 2011

UNDERSTANDING YOUR CHILD'S DEFENSE SYSTEM

Apa yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan sistem imun anak anda:


1. PEMAKANAN YANG BAIK diperlukan untuk membina sistem pertahanan yang kuat. pastikan si manja mendapat pelbagai makanan yang seimbang. Untuk memdapat antioksidan yang secukupnya, galakkan anak anda makan buah-buahan dan syuran aneka warna.


2. BIARKAN SI MANJA MENGAMALKAN GAYA HIDUP AKTIF. anda tidak boleh melindungi anak anda dengan mengurungnya didalam rumah sepanjang hari. Si manja perlu aktif, kerana senaman meningkatkan tahap leukosit, iaitu sel sistem imun yang menentang jangkitan. Galakkan si manja bermain diluar rumah sekalu sekala kerana cahaya matahari merupakan sumber vitamin D.


3. PASTIKAN ANAK ANDA CUKUP TIDUR DAN REHAT. Kekurangan tidur meningkatkan hormon stres, yang melemahkan sistem imun.


4. PUPUK KESEJAHTERAAN EMOSI. Kanak-kanak yang riang selalunya lebih sihat. Jadi, pastikan si manja anda memdapat penjagaan yang baik dan limmpahan kasih sayang. Kegembiraan menjamin kesihatan mental, yang secara tidak langsung meningkatkan keimunan. Kelucuan pasti mencuit hati anak2 dan membuat mereka ketawa gembira. Tertawa baik untuk sistem imun si manja kerana ia mengurangkan hormon stres.


5. DAPATKAN PELALIAN UNTUK SI MANJA menerusi vaksin, yang boleh diberikan melalui mulut atau suntikan, untuk membina benteng pertahanan menentang penyakit.

No comments:

Post a Comment