GIVEAWAY

GIVEAWAY
anda sebagai pembaca dijemput memberi komen pada ENTRI pilihan anda. Rujuk syarat-syarat penyertaan dibawah. Komen terbaik akan memenangi hadiah bulanan. Hadiah bulan April adalah LAMPIN PAKAI BUANG PETPET (sebarang saiz)

NUFFNANG- JOM TGK IKLAN MENARIK

Sunday, June 26, 2016

Menangis Depan Kaabah, Scha Sayu Nak Tinggalkan Mekah

Ramai artis tanah air yang berpeluang untuk mengerjakan umrah sambil menjalani Ibadan puasa di kota Mekah Ramadan kali ini termasuk pasangan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari. Mereka berangkat mengerjakan umrah dengan seluruh ahli keluarga termasuk anak mereka Lara Alana. 

Pertama kali menjejakkan kaki ke sana, Scha bersyukur segala urusannya dipermudahkan oleh Allah. 

“Sebelum saya ke sana terdetik perasaan takut dan gementar kerana ini pengalaman pertama dan bimbang sekiranya melakukan kesalahan.

“Alhamdulillah, sepanjang di sana segala urusan ibadah kami dipermudahkan. Apa yang penting adalah niat setiap kali nak melakukan rukun umrah itu. Cuma perlu sentiasa berhati-hati agar tidak melakukan perkara yang dilarang,” katanya.

Sejurus melihat Kaabah di depan mata, Scha mtak mampu membendung rasa dan menangis. 

Apabila melihat Kaabah depan mata, saya menangis. Saya tidak sangka dapat menjadi tetamu Allah. Bukan apa, saya sentiasa sedar diri sebagai manusia biasa tidak ada yang sempurna.

“Pada masa sama tidak terlepas melakukan kesilapan dan dosa.

“Perasaan ketika itu tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Ia meninggalkan makna berbeza dalam diri. Inilah satu-satunya tempat yang sentiasa memberikan ketenangan tanpa mengira waktu,” katanya.

Jika diberi kesempatan Scha ingin kembali lagi ke sana. 

“Insya-Allah sekiranya diberikan rezeki lagi, saya dan suami mahu kembali lagi ke sana. Ketika nak meninggalkan Makkah, saya berasa sayu.

“Saya berdoa semoga dipanjangkan usia dan diberi kesempatan menjadi tetamu Allah lagi pada tahun depan,” katanya.

Berkenaan penampilannya pula iaitu mengenakan tudung, Scha sentiasa berdoa agar diberikan hidayah ke arah itu.

“Siapa yang tak nak berhijrah ke arah kebaikan. Jadi saya sentiasa memohon supaya terbuka hati,” katanya

EX BOYFRIEND KORANG PSIKO?

Kesian korang klu kena kes mcm ni...berhuhu lah sorang..... saya ada satu cerita which is ex bf sy tersangatlah seorang yang curiga. Tak jawap kol xboleh, tak balas sms xboleh, pegi mana2 xboleh, kuar makan lagi la....klu skrg maunya ajak facetime tgh2 mkn tu. Pernah....satu ketika msa tu sy jmpe die kat dataran...hajatnya nak tengok bunga api sesama. Sy xpasti msa tu perayaan apa. Maybe la 31hb ogos... msa tgh melepak, dia mntk hp saya. Sy tak kasi...lama lepas drama minta dan ditolak tu die berang...di sumpah seranahnya saya dpn dataran depan orang ramai tu..😂😂 dia sumpah saya natang beghuk la...macam2...smbl berjalan meninggalkan saya dan sy mengikut dibelakang dgn mulut puaka dia tu, orang yang melepak tepi2 jalan pn tengok 😬.