GIVEAWAY

GIVEAWAY
anda sebagai pembaca dijemput memberi komen pada ENTRI pilihan anda. Rujuk syarat-syarat penyertaan dibawah. Komen terbaik akan memenangi hadiah bulanan. Hadiah bulan April adalah LAMPIN PAKAI BUANG PETPET (sebarang saiz)

NUFFNANG- JOM TGK IKLAN MENARIK

Wednesday, February 23, 2011

REMAJA 13 TAHUN DILACUR

KUALA LUMPUR: Akibat tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa dan sanggup lari dari rumah akhirnya mengundang padah buat seorang gadis berusia 13 tahun apabila diperkosa satu sindiket pelacuran sebelum dijadikan hamba seks. Lebih malang apabila mangsa dipaksa menjadi pelacur itu terlantar di katil hospital dan disahkan doktor mempunyai peluang hidup tipis berikutan menghidap penyakit Aids selain jangkitan kuman pada otak.

Sumber polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kajang berkata, gadis yang berasal dari Kalimantan, Indonesia terbabit sebelum ini diperdaya sindiket pelacuran kononnya mahu membantu mangsa mendapatkan pekerjaan bergaji lumayan di Malaysia. Menurutnya, ibu bapa mangsa bagaimanapun tidak membenarkan anak gadisnya itu berhijrah kerana khuatir keselamatannya menyebabkan berlaku pertengkaran.

“Mangsa teruja janji memperoleh gaji lumayan sanggup melarikan diri dari rumah pada 2009.

“Mangsa ketika itu berusia 13 tahun bertemu dengan seorang ejen warga Indonesia yang berjanji mahu membantunya memasuki Malaysia menggunakan pasport palsu,” katanya. Menurutnya, suspek bertindak menukar gambar dan maklumat pada pasport berkenaan yang menunjukkan mangsa seolah-olah berusia 18 tahun walaupun ketika itu masih remaja.

“Difahamkan, mangsa kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kuching, Sarawak sebelum dikurung bersama tiga gadis Indonesia lain yang tidak dikenali.

“Bagaimanapun, mangsa menerima padah apabila dia bersama gadis remaja lain sebaliknya diperkosa bergilir-gilir oleh ejen berkenaan di rumah berkenaan. Suspek dipercayai memperkosa mangsa terlebih dahulu sebelum dipaksa untuk menjadi pelacur,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dijaja kira-kira sebulan sebelum dibawa ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjaya terbabit dengan disorok di sebuah rumah di Jalan Pudu di sini.

No comments:

Post a Comment