GIVEAWAY

GIVEAWAY
anda sebagai pembaca dijemput memberi komen pada ENTRI pilihan anda. Rujuk syarat-syarat penyertaan dibawah. Komen terbaik akan memenangi hadiah bulanan. Hadiah bulan April adalah LAMPIN PAKAI BUANG PETPET (sebarang saiz)

NUFFNANG- JOM TGK IKLAN MENARIK

Wednesday, February 23, 2011

REMAJA 13 TAHUN DILACUR

KUALA LUMPUR: Akibat tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa dan sanggup lari dari rumah akhirnya mengundang padah buat seorang gadis berusia 13 tahun apabila diperkosa satu sindiket pelacuran sebelum dijadikan hamba seks. Lebih malang apabila mangsa dipaksa menjadi pelacur itu terlantar di katil hospital dan disahkan doktor mempunyai peluang hidup tipis berikutan menghidap penyakit Aids selain jangkitan kuman pada otak.

Sumber polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kajang berkata, gadis yang berasal dari Kalimantan, Indonesia terbabit sebelum ini diperdaya sindiket pelacuran kononnya mahu membantu mangsa mendapatkan pekerjaan bergaji lumayan di Malaysia. Menurutnya, ibu bapa mangsa bagaimanapun tidak membenarkan anak gadisnya itu berhijrah kerana khuatir keselamatannya menyebabkan berlaku pertengkaran.

“Mangsa teruja janji memperoleh gaji lumayan sanggup melarikan diri dari rumah pada 2009.

“Mangsa ketika itu berusia 13 tahun bertemu dengan seorang ejen warga Indonesia yang berjanji mahu membantunya memasuki Malaysia menggunakan pasport palsu,” katanya. Menurutnya, suspek bertindak menukar gambar dan maklumat pada pasport berkenaan yang menunjukkan mangsa seolah-olah berusia 18 tahun walaupun ketika itu masih remaja.

“Difahamkan, mangsa kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kuching, Sarawak sebelum dikurung bersama tiga gadis Indonesia lain yang tidak dikenali.

“Bagaimanapun, mangsa menerima padah apabila dia bersama gadis remaja lain sebaliknya diperkosa bergilir-gilir oleh ejen berkenaan di rumah berkenaan. Suspek dipercayai memperkosa mangsa terlebih dahulu sebelum dipaksa untuk menjadi pelacur,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dijaja kira-kira sebulan sebelum dibawa ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjaya terbabit dengan disorok di sebuah rumah di Jalan Pudu di sini.

Saturday, February 19, 2011

YEA..YEA..SAYA MENANG

Bangga saya..xtau dh berapa banyak peraduan yang sy anta, ni la baru pertama kali menang..mmg rezeki anak..mmg sy anta tu sy niat btl nk bawa ank2 bercuti..tambah2 dengan si upin & ipin hero diorg ni..mesti suka sangat la diorg..tak sabar nk pergi ni..lagi seminggu..

Tuesday, February 8, 2011

FASHA BENGANG, OHBULAN BLOG TAK BERTAULIAH!!

Haha..terkejut gamaknya si Fasha ni bila blog ohbulan! yang mengatakan Fasha buat report palsu berkenaan ugutan yg mendatangkan kecederaan. Aku yang xikuti perkembangan artis pun tiba2 jadi cerah bijik mata dok  baca dari satu blog ke satu blog. Setelah diamati, aku dapat buat kesimpulan;
 mula2 Fasha melenting bila ohbulan! kata Fasha tipu fasal laporan polis terhadap 'perempuan itu'. Apa yang sebenarnya ohbulan! TELAH memetik kata 2 dari blog MAZIDUL AKMAL SIDEK dan HAZREY mengenai kenyataan Fasha 'kes disimpan'..depa seakan  tertanya2 kenapa kes Fasha disimpan sedangkan pihak polis mesti bertindak jika ada laporan polis dilakukan. Juga diorg ada follow up mengenai kes Fasha di Bukit Aman..tak jumpa sebab Fasha buat laporan di USJ.. Hai kalau dah selebriti, gamaknya nak masuk tandas pun org ikut..Fasha juga terang-terangann melahir kan rasa tak puas hati terhadap si dia yang menyebok dan tak abis2 mencari salah fasha, tunggu untuk dibusukkan.



Monday, February 7, 2011

BABY SHOWER SH SOFIA

Diam tak diam dh nak meletup si cantik ni..mesti die berdebar2kan..n mesti anak die cute cam die gak..

Sofia n Ismail

Sunday, February 6, 2011

FASHA SANDHA ; JEJAI PUTUS

Hai..entahlah..ada yang kata si fasha ni desprate sampi tunjuk bukti nak sangkal kata2 si nora fasal putus ni. Nora dakwa Fasha n Jejai putus almost 2 m tp Fasha dh kuarkan bukti yang dia masih lagi isteri...oppss!! girlfriend jejai sehingga 18 januari lepas. APE CERRR??? Pada aku, ada la sedikit kebudak2kan si Fasha ni, kicik punya hal pun nak melompat..tp Nora pun satu, suka sangat la tu boleh dedah hal Fasha..dendam lama dah terbalas ye tak??..hmm..pada pendapat aku lagi..bertuah la si fasha tu, di'cerai'kan bukan ketika mengandung..Jejai plak dlm laporan HARIAN METRO (ala yang dapat cover page tu) tak burukkan sesiapa baik fasha mahupun nora.
 DURATION TIME, hampir satu jam kol dari Jejai, agak2 apa yang dibualkan tu ya??

Dah 4 kali dilamar, tak terkahwin juga fasha taun ni ya. igtkan jadila ngan jejai tu..dah xde jodoh..Dek kerana tentangan kedua belah keluarga, mereka akur jug akhirnya..Apa QABIL AMBAK adalah 'Mr Right' seterusnya untuk Fasha?? kita tunggguuuu....

UNDERSTANDING YOUR CHILD'S DEFENSE SYSTEM

Apa yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan sistem imun anak anda:


1. PEMAKANAN YANG BAIK diperlukan untuk membina sistem pertahanan yang kuat. pastikan si manja mendapat pelbagai makanan yang seimbang. Untuk memdapat antioksidan yang secukupnya, galakkan anak anda makan buah-buahan dan syuran aneka warna.


2. BIARKAN SI MANJA MENGAMALKAN GAYA HIDUP AKTIF. anda tidak boleh melindungi anak anda dengan mengurungnya didalam rumah sepanjang hari. Si manja perlu aktif, kerana senaman meningkatkan tahap leukosit, iaitu sel sistem imun yang menentang jangkitan. Galakkan si manja bermain diluar rumah sekalu sekala kerana cahaya matahari merupakan sumber vitamin D.


3. PASTIKAN ANAK ANDA CUKUP TIDUR DAN REHAT. Kekurangan tidur meningkatkan hormon stres, yang melemahkan sistem imun.


4. PUPUK KESEJAHTERAAN EMOSI. Kanak-kanak yang riang selalunya lebih sihat. Jadi, pastikan si manja anda memdapat penjagaan yang baik dan limmpahan kasih sayang. Kegembiraan menjamin kesihatan mental, yang secara tidak langsung meningkatkan keimunan. Kelucuan pasti mencuit hati anak2 dan membuat mereka ketawa gembira. Tertawa baik untuk sistem imun si manja kerana ia mengurangkan hormon stres.


5. DAPATKAN PELALIAN UNTUK SI MANJA menerusi vaksin, yang boleh diberikan melalui mulut atau suntikan, untuk membina benteng pertahanan menentang penyakit.