GIVEAWAY

GIVEAWAY
anda sebagai pembaca dijemput memberi komen pada ENTRI pilihan anda. Rujuk syarat-syarat penyertaan dibawah. Komen terbaik akan memenangi hadiah bulanan. Hadiah bulan April adalah LAMPIN PAKAI BUANG PETPET (sebarang saiz)

NUFFNANG- JOM TGK IKLAN MENARIK

Friday, November 8, 2019

HARGA ROADTAX MALAYSIA

Formula Cukai Jalan atau Road Tax kenderaan di Malaysia sudah lama ketinggalan zaman.

Bayangkan . . . dari zaman penjajah hingga sekarang, Cukai Jalan dihitung mengikut saiz enjin atau c.c. (cubic centimetres). 

Dulu-dulu mungkin ini praktik . . . dimana Mercedes-Benz W111 220S "Batman" (2195 cc) ber-enjin lebih besar dari Morris Oxford (1622 cc) yang juga lebih besar dari Fiat 600 (633 cc). Kereta besar akan ber-enjin c.c. besar dan sebaliknya.

Tetapi dimasa kini . . . 

Innovasi kejuruteraan dan teknologi hybrid  menghasilkan kereta mewah ber-"performance" tinggi dengan enjin semakin rendah c.c. nya. Fenomena ini telah sampai ketahap dimana Cukai Jalan kereta mewah yang hampir mencecah RM300,000 (dengan enjin 1400 - 1600 cc) jauh lebih murah dari kereta terpakai harga RM15,000 (dengan enjin lebih 2000 cc). 

Inilah the ultimate Regressive Tax . . . dimana yang semakin tidak mampu dikenakan cukai LEBIH dari yang semakin mampu. Timbul lah adegan cikgu pencen pandu Mercedes-Benz W124 260E zaman awal 90an dengan nilai pasaran RM7,000 harus bayar Cukai Jalan (RM1,130 setahun) 12.55 kali ganda atau 1,255% lebih dari saudagar unta jutawan yang pandu Mercedes-Benz W205 C-Class 1.5 L turbo yang berharga RM259,888 (RM90 setahun)! 

Masuk akal? Cikgu pencen pandu Mercedes 260E lama bayar RM1,130 cukai jalan setahun . . . dan saudagar jutawan pandu Mercedes C-Class baru bayar RM90 cukai jalan setahun?

Sudah tiba masanya Cukai Jalan dihitung secara adil . . . iaitu berdasarkan NILAI PASARAN TERKINI kenderaan mengikut jadual dan formula yang ditetapkan. Inilah cara Cukai Jalan -- dipanggil Registration Fees -- dihitung di California. 

Di sini, Registration Fees tahunan dirumuskan seperti berikut:-

1. Base Registration Fee: $58.00

2. California Highway Patrol Fee: $25.00

3. Transportation Improvement Fee (TIF) . . . dari $25.00 ke $175.00 bergantung kepada Nilai Pasaran Terkini kenderaan. 

Contoh: Untuk BMW 335i xDrive tahun 2015 dengan Nilai Pasaran $20,000, Total Registration Fees bagi tahun ini ialah:- 

$58.00 + $25.00 + $50.00 = $133.00

Itu saja.

$133.00 untuk satu tahun.

Tahun hadapan dan seterusnya akan turun lagi mengikut Nilai Pasaran kenderaan.

Saiz enjin TIADA PERANAN dalam perhitungan. Nak guna enjin besar mana itu korang punya pasal.

Bayangkan, BMW 335i ini bersaiz enjin 3,500 cc. Di Malaysia kita, Cukai Jalan untuk enjin saiz ini ialah RM4,380 setahun! Selepas diambil kira kadar tukaran wang, Cukai Jalan BMW 335i ini 800% lebih mahal di Malaysia dari di LA. 

Bila diambil kira KDNK per capita LA County $70,000 berbanding $10,000 untuk Malaysia . . . kos sebenar Cukai Jalan BMW 335i ini -- selepas "Adjusted for Relative Wealth -- adalah 5,600% atau 56 kali ganda lebih mahal untuk Rakyat kita.

.

Dengan rintangan kewangan gergasi sebegitu rupa, apa yang Rakyat Malaysia terpaksa lakukan selama ini?

Ya, pengimport pilih enjin sekecil mungkin bagi setiap model dan jenama. 

Contoh . . . Rakyat negara lain pakai BMW G30 540i dan 550i xDrive, kita terpaksa memadai dengan 520i . . . separuh kapasiti enjin untuk angkut kereta yang sama + beban aircon cuaca panas kita. Begitu juga dengan Mercedes-Benz.  Model W222 S-Class sepatutnya S560 dan S650. Baru boleh bergolek tayar kapal darat hampir tiga tan itu.  Tapi untuk pasaran kita, entry-level S450 yang dipasarkan . . . itu pun guna enjin 3,000 cc yang dicekup dari C-Class negara lain.  Di traffic light, Wira 1.8 zaman Reformasi pun boleh lawan pickup dengan raksaksa tak bertaring ini. 

Begitulah senarionya dengan segala jenama kenderaan. 

Akibatnya?

Rakyat Malaysia pandu kenderaan UNDERPOWERED yang membawa berbagai gejala operasi dan risiko keselamatan di jalan dan lebuhraya. 

Lori dan bas juga semuanya underpowered untuk jimat Cukai Jalan. Mendaki jalan curam pun susah, apatah lagi bukit dan gunung. Korang yang pernah melalui Lebuhraya Timur Barat Grik-Jeli atau Jalan Raub-Lipis-Gua Musang tentu akan menyaksikan lori underpowered mengundang maut cuba memotong satu lagi lori underpowered sarat dengan balak di jalan dua lorong berliku.

.

Pokoknya, cukuplah menyusahkan Rakyat. Janganlah mendera pakcik tua pandu kereta lama ber-enjin besar. Dan berilah peluang Rakyat menikmati "performance and safety" dari enjin yang benar-benar berpadanan dengan kenderaan mereka seperti di negara lain.

Carilah formula terbaik untuk perhitungan semula Cukai Jalan. Elakkan Regressive Tax yang membebankan Rakyat marhaen sambil menyenangkan golongan berada.

Terapkan intipati Malaysia Baru dalam perhitungan Cukai Jalan.

- KijangMas Perkasa -

.

No comments:

Post a Comment